Home Tentang Saya Keahlian Tupperware Terma Dan Syarat Pemabayaran Sudut IT Lokasi Contact
Feed
Assalamualaikum & salam sejahtera
Terima kasih di atas kunjungan anda
Silalah membeli belah di sini
Setiap pertanyaan silalah emelkan atau sms saya
Harap saya dapat membantu
Sokongan anda amat2 saya hargai
Terima kasih

10 Ogos 2014

Promosi AidilFitri 2014

Salam Aidilfitri.

Akhirnya berkesempatan juga nak update item lepas balik beraya ni. Sure ramai yang dah pun mula kembali bekerja. Apa pun selamat menyambut raya daripada akak sekeluarga. Mesti ramai yang dah mula buat open house,nasihat akak  berhati-hati ketika  memandu. Semalam memang banyak jalan jem, dari arah Kajang ke KL, begitu juga di Hulu langat..jalan jem teruk.Rasanya sebab ramai warga KL pergi beraya .

Apa pun sekarang masa untuk akak kembali dengan post terbaru sekembalinya  daripada beraya.





25 Julai 2014

Selamat Pulang ke kampung dan meraikan Aidilfitri.

Asalam dan salam sejahtera.

Akak mengucapkan selamat meraikan Aidilfiri bersama keluarga dan rakan-rakan tersayang. Semoga selamat sampai ke kampung masing-masing. Sentiasa berhati-hati semasa memandu.

Di kesempatan ini juga akak menyusun jari memohon kemaafan sekiranya selama berurusan ada diantara perkhidmatan akak yang terkurang secara tidak sengaja.

Sebagai insan yang lemah dan tidak lari daripada melakukan kesilapan, sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah, dan kekurangan daripada akak sendiri.

Untuk makluman, semua order yang masuk akan mula di postage mulai 5 Ogos 2014. Akak akan bercuti mulai esok 26 Julai 2014.

Salam Aidilfiri.

16 Julai 2014

Restok Katalog Julai 2014

Assalam dan salam sejahtera.

Alhamdulillah dapat akak restok katalog Julai 2014. Memandangkan akak pun sibuk menguruskan persiapan raya, macam semua orang jugak, jadi stok yang diambil memang terhad. Semoga semua juga dapat menguruskan persiapan raya tahun ini dengan bijak sekali.

Large deep plate ni memang besar tau, mula-mula akak pun ingat kecik je. Tapi rupa-rupanya besar dan dalam pinggannya. Memang sesuai untuk semua peringkat usia.

Ot Vibrance pun sesuai untuk isi kerepek , besar jugak.bersaiz 1.4L dan 3L.

Pink serving mugs pula berwarna purple bersama dulang yang tebal juga berwarna purple, cepat siapa peminat Purple boleh dapatkan sekarang.




04 Julai 2014

KATALOG JULAI 2014.

Assalam dan salam sejahtera.

Semua item terdiri daripada katalog Julai 2014. Memandangkan banyak yang dah book siap-siap, tak dapat lah akak nak publish kat sini, sebab semuanya yang dah orang booking. Tadi pun ada sikit item dah siap di hantar, esok pun kena hantar terus pada customer. Insyaallah retsok baru masuk minggu depan.

Antara stok yang ada pada akak sekarang ni seperti berikut:-

SHALLOW SQ RD - BOOK BY IZAN (3)

SOLD OUT


SOLD OUT

29 Jun 2014

Clearence Stock

Assalam dan salam sejahtera.

Selamat Berpuasa .Akak memang kurang sihat dah 3 hari selsema dan pening kepala. Sabtu dan Ahad ni memang flat habis. Al-kisahnya nak Publish item ni semua pagi tadi, ni ha dah bawak ke petang pulak. Terpaksa bangun jugak untuk masak. Tak kan hari pertama dah membeli pulak kan? Pada yang sms/whatapps akak, tertunggu-tunggu akak reply tu, mintak maaf ye banyak-banyak. Esok dah mula kerja, harap cepatlah sembuh atau akak kena jugak melabur duit kat Klinik..

Ni antara item yang akak nak perabiskan. Ada jugak beberapa item Level yang akak terjumpa. Modular bowl color  lain semua habis, yang tinggal hanya color kuning sahaja. Cepat ye jika anda berminat. Begitu juga dengan Cozy Nest ..yang tinggal hanya 500ml sahaja , saiz yang lain semua habis.



SOLD TO ANIZA



Booked By Taty



28 Jun 2014

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1435H

Asalam dan salam sejahtera.
Mulai esok semua umat islam di Malaysia akan memulakan ibadah berpuasa, dikesempatan ini akak mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua pengunjung online serta offline blog akak. Bulan yang penuh keberkatan ini.Semoga kita semua di beri kesihatan fizikal yang baik sepanjang bulan ini agar dappat bersama-sama beribadah dengan penuh taqwa.

Menjadikan kebiasaan di bulan Ramadhan ini, menderma kepada anak-anak yatim, Jadik peluang ini akak gunakan untuk mencari 1 rumah anak yatim dan hasil daripada pembeliaan tupperware anda, sebanyak RM10 akan disalurkan terus kepada rumah anak yatim tersebut,..ada 2 dan 3 rumah yang telah disurvey, insyaallah bila dah confirm akan akan berikan maklumat terbabit.


26 Jun 2014

Restok Katalog Jun 2014

Assalam dan salam sejahtera.

Restok daripada katalog Jun 2014 termasuk daripada item leaflet, memandangkan isnin depan akan berakhirnya katalog jun ini. maka malam ni akak kembali dengan restok bagi sesiapa yang masih berminat. Itemnya sama seperti post2 sebelum ini ye,  cuma pertambahan daripada stok sahaja.

Keistimewaannya hanya dengan set kurma dan juga set kek.kali ini kek red velvet dan premium mocha. Akak suka betul dengan premium mocha, sedap la pada akak. Anda pula suka yang mana?Bagi yang hanya ingin mendapatkan small goody box sahaja tanpa kek, sila whatapps akak untuk harganya.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...