Home Tentang Saya Keahlian Tupperware Terma Dan Syarat Pemabayaran Sudut IT Lokasi Contact
Feed
Assalamualaikum & salam sejahtera
Terima kasih di atas kunjungan anda
Silalah membeli belah di sini
Setiap pertanyaan silalah emelkan atau sms saya
Harap saya dapat membantu
Sokongan anda amat2 saya hargai
Terima kasih

29 Jun 2014

Clearence Stock

Assalam dan salam sejahtera.

Selamat Berpuasa .Akak memang kurang sihat dah 3 hari selsema dan pening kepala. Sabtu dan Ahad ni memang flat habis. Al-kisahnya nak Publish item ni semua pagi tadi, ni ha dah bawak ke petang pulak. Terpaksa bangun jugak untuk masak. Tak kan hari pertama dah membeli pulak kan? Pada yang sms/whatapps akak, tertunggu-tunggu akak reply tu, mintak maaf ye banyak-banyak. Esok dah mula kerja, harap cepatlah sembuh atau akak kena jugak melabur duit kat Klinik..

Ni antara item yang akak nak perabiskan. Ada jugak beberapa item Level yang akak terjumpa. Modular bowl color  lain semua habis, yang tinggal hanya color kuning sahaja. Cepat ye jika anda berminat. Begitu juga dengan Cozy Nest ..yang tinggal hanya 500ml sahaja , saiz yang lain semua habis.



SOLD TO ANIZA



Booked By Taty



28 Jun 2014

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1435H

Asalam dan salam sejahtera.
Mulai esok semua umat islam di Malaysia akan memulakan ibadah berpuasa, dikesempatan ini akak mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua pengunjung online serta offline blog akak. Bulan yang penuh keberkatan ini.Semoga kita semua di beri kesihatan fizikal yang baik sepanjang bulan ini agar dappat bersama-sama beribadah dengan penuh taqwa.

Menjadikan kebiasaan di bulan Ramadhan ini, menderma kepada anak-anak yatim, Jadik peluang ini akak gunakan untuk mencari 1 rumah anak yatim dan hasil daripada pembeliaan tupperware anda, sebanyak RM10 akan disalurkan terus kepada rumah anak yatim tersebut,..ada 2 dan 3 rumah yang telah disurvey, insyaallah bila dah confirm akan akan berikan maklumat terbabit.


26 Jun 2014

Restok Katalog Jun 2014

Assalam dan salam sejahtera.

Restok daripada katalog Jun 2014 termasuk daripada item leaflet, memandangkan isnin depan akan berakhirnya katalog jun ini. maka malam ni akak kembali dengan restok bagi sesiapa yang masih berminat. Itemnya sama seperti post2 sebelum ini ye,  cuma pertambahan daripada stok sahaja.

Keistimewaannya hanya dengan set kurma dan juga set kek.kali ini kek red velvet dan premium mocha. Akak suka betul dengan premium mocha, sedap la pada akak. Anda pula suka yang mana?Bagi yang hanya ingin mendapatkan small goody box sahaja tanpa kek, sila whatapps akak untuk harganya.









22 Jun 2014

AVAILABLE STOCK

Assalam dan salam sejahtera.

Selamat berhujung minggu .dan selamat bekerja juga buat semua yang bertugas hari ini. Minggu depan semua akan mula berpuasa. Mungkin ramai yang sibuk mengemas rumah dan balik ke kampung minggu hadapan  sempena menyambut Ramadhan.Akak update lagi bagi sikit2 barangan yang hamppir habis.

Semalam sempat update barangan yang dah habis stok, minta maaf ye jika ada terdapat juga barangan yang akak terlupa update.

DOUBLE SQ -ALL SOLD OUT



SOLD TO SITI









19 Jun 2014

RESTOK TUPPERWARE JUN 2014

Assalam dan salam sejahtera.

Alhamdulillah dapat restok katalog Jun 2014. Memandangkan banyak barangan yang habis di stokis area rumah akak ni, jadik antara item yang akak restok adalah seperti di bawah.

Agak busy sikit minggu ni di ofis, jadi kalau lambat terima respon daripada akak. Minta maaf banyak-banyak ye. Insyaallah semua sms/whatapps sempat akak balas.

Macam tu lah ibu bekerjaya, lepas tu buat part time pulak..ha..ha..sebenarnya seronok rasanya bila dapat kenal ramai kenalan online.kalau ada rasanya yang nak buat Party pun insyaallah boleh diusahakan jika tarikh sesuai.



Item2 yang lain , nanti klik OLDERS POST.

Item yang masih ada,
Mosaic keeper, Kurma gift set, Fun foursome Rock n serve small round, Eco 500ml, Handy  cool dan beverage buddy.

Memandangkan akak tak sempat nak upate stok yang dah terjual setiap hari, jadik mungkin ada gambar akan di remove terus ye, sebab takut anda semua keliru.

Terima kasih semua sebab memahami ibu yang bekerjaya ni.











18 Jun 2014

Clearance Stock.

Assalam dan salaam sejahtera.

Sepatutnya petang tadi restok katalog jun 2014 tetapi disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, insyaAllah esok lah baru akak restok ye. Terima kasih pada yang telah membuat pembelian ye.
Ina dari Kelana Jaya.
Arifah dari kelana Jaya
Siti Supiah dari  KL
Julia dari KL
Nana dari PJ.
Surinderpal dari kuching.
Maryam dari PD.
Fazidah dari Sg Petani


SOLD TO FAZIDAH (1) LARGE STOR N POUR







15 Jun 2014

CLERANCE STOCK.

Assalam dan salam sejahtera.

Selamat beristirehat bersama keluarga di hari Ahad ini dan selamat bekerja kepada warga Johor DT. Petang ni akak update lagi stok lama. InsyaAllah minggu depan akan restok katalog Jun pula.Tunggu ya, jadik sesiapa yang nak, terus whatapp/sms akak .

Bagi yang dah booking, sila sms semula untuk confirmkan balik. Jika tidak stok akan dibuka semula kepada orang lain ya.


BOOK BY ZARINA 

SOLD TO SITI



BOOK BY ZARINA




07 Jun 2014

NEW STOCK KATALOG JUN/2014

Assalam dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah hari ini dapat update untuk stok baru daripada Kempen Jun/2014. Ada terdapat sedikit perbezaan warna disebabkan masalah pencahayaan pada gambar mosaic keeper dan juga Handy Cool .Maaf ye diatas kekeliruan tersebut. Handy Cool color soft purple & kuning. Manakala warna Mosaic keeper adalah oren & hijau.










Gambar di bawah pula adalah available stok ye, jika terdapat sebarang pertanyaan sila sms/whatapps akak.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...