Home Tentang Saya Keahlian Tupperware Terma Dan Syarat Pemabayaran Sudut IT Lokasi Contact
Feed
Assalamualaikum & salam sejahtera
Terima kasih di atas kunjungan anda
Silalah membeli belah di sini
Setiap pertanyaan silalah emelkan atau sms saya
Harap saya dapat membantu
Sokongan anda amat2 saya hargai
Terima kasih

30 Mei 2014

UPDATE AVAILABLE STOK.

Assalam dan salam sejahtera.

Sempat lagi post promotion item sebelum mula bercuti sehingga minggu hadapan. Ni semua gara-gara nak clearkan stok dan preparation untuk raya. Terima kasih kepada semua yang telah membuat pembelian.Alhamdullillah semoga biz akak terus stabil dan maju.

Dr. Roslinda - JB
kak Faridah/Hidayah -PJ
Evelyn -Terengganu.
Cikgu Izan - Cheras.
Jay - PJ
Pn Siti-KL
Suzana -Perak.

ZEN MEDIUM SQ - SOLD TO KAK FARIDAH.
PINK & YELLOW SOLD 





THIN STOR - SOLD TO ZARINA

SALT N SPICE SOLD OUT.



ROCK N SERVE SMALL ROUND SET

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Keirtimewaan Rock N Serve small round set. Hanya panaskan dalam microwave terus hidangkan kepada tetamu. Warna hitam yang menawan.Tak percaya tengok gambar kat bawah ni. Kalau beli 2 memang berbaloi, harga pun jauh lebih murah. Kalau beli 1 harganya RM40.

Untuk post yang sebelum ni masih ada lagi stok.antaranya OFFICE BUDDY SET, COOL SQ ROUND, FREEZER SET, MODULAR BOWL, dan banyak lagi la...Nak maklumkan belian setiap 4 unit  COOL SQ ROUND akan mendapat FREE 4 unit square round 450ml.

Akak akan bercuti mulai Ahad ini sehingga minggu hadapan, jadi semua order yang masuk akan di buat penghantaran pada hari Jumaat depan ya. HARAP MAKLUM.  Jika terdapat sebarang pertanyaan terus SMS/Whataps/weChat ke no hp akak .


28 Mei 2014

READY STOCK KATALOG 4/2014

Assalam dan salam sejahtera.

Memandangkan Sabtu ini akan berakhirnya Katalog 4/2014, dan minggu hadapan pula akan bermula dengan Katalog baru 5/2014, jadi akak nak jual freezer mate ini dengan harga serendah RM70..boleh juga beli secara loose tetapi harga mahal sikit..


















23 Mei 2014

READY STOCK KATALOG 4/2014

Assalam dan salam sejahtera.

Malam ini akak update untuk ready stok daripada katalog 4/2014. InsyaAllah lepas ni bermula promosi item terus sehingga menyambut raya Aidilfitri. Set Kurma merupakan pilihan ramai. Untuk kali ini muncul dengan Tupperware jenis Dining Bowl. Kurma pun sedap, setiap tahun kalau hubby bawa ke pejabatnya semua kawan2 dia kata sedap. Selain sedap, kurma ni pun tahan lama.Kotak dia pun cantik.

Lepas ni nantikan promosi item pulak ye..semua promosi tersebut sebagai menghargai sokongan anda semua kepada blog ini..Jumpa lagi..






18 Mei 2014

UPDATE AVAILABLE STOCK.

Assalam dan salam sejahtera.

Update available stok sekembalinya dari berkursus di Gold Coast Morib, Banting. InsyaAllah banyak lagi gambar lain menyusul, memandangkan kebanyakkan gambar2 stok lama tidak dapat diselamatkan semasa laptop di format..

Minggu lepas berada di Segamat Johor, memandangkan dah lama tak balik, menziarahi kubur Arwah Abah.Bila duduk jauh ni, terpaksa harapkan adik2 akk yang duduk di Segamat jugak untuk bersihkan kubur Abah..Terasa kesyahduannya tatkala tengok kuburnya sentiasa bersih. Rumput pun tak ada langsung diatas pusaranya. Rasanya Abah memang tenang di sana.

Memetik dari laman web Jawi,

Menziarahi kubur ibu bapa adalah sunat muakkad dan besar pahalanya. Makin bertambah pahalanya – seperti diterangkan dalam hadith-hadith nabi s.a.w. Makin bertambah pahalanya, jika kubur ibu bapa diziarahi pada tiap-tiap hari jumaat dan dibacakan surah Yaasin disisinya. Kelebihan mengenang ibu bapa dengan doa dan dengan menziarahi kuburnya membawa kebaikan bukan sahaja kepada anak-anaknya yang soleh tetapi juga kepada anak derhaka. Seperti dalam sebuah hadith diterangkan: Anak derhaka yang kematian kedua ibu bapanya kemudian dia (menyesal dan bertaubat) dan sentiasa berdoa untuk mereka, nescaya ia diampuni Allah dan dikira sebagai anak yang taat.

Semoga kita semua tergolong dalam anak-anak yang baik dan soleh. AMIN.

Sementara itu , mari tengok stok Tuperware sediada .





LARGE SQ AWAY RED SOLD OUT
FREEZER MATE SOLD TO IZAN


FRIDGE WATER PURPLE, YELLOW. GREEN SOLD OUT
LARGE SQ AWAY YELLOW SOLD OUT


OT CANISTER 1 SOLD, 2 BOOKED


SOLD OUT -MELAMINE BOWL -ZARINA
BEVERAGE BUDDY SOLD OUT

12 Mei 2014

KATALOG 4/2014.

Assalam & salam sejahtera.

Katalog baru telah pun muncul..dan boleh dibeli di semua branch bermula pada hari semalam. Jadi bagi sesiapa yang berkesempatan, silah lah beli di mana-mana BC berhampiran supaya anda tidak terlepas semua tawaran yang menarik.

Sempat juga pagi tadi amik stok baru. Boleh jugak  untuk dijadikan contoh /demo  ...bagi yang ingin mendapatkan stok sediada daripada kalalog lama, anda boleh klik di bahagian bawah blog akak , OLDER POST. Sekiranya masih ada stok akak akan maklumkan.









08 Mei 2014

Kisah kain pasang sulam.

Assalam dan salam sejahtera.

Mesti masing-masing dah sibuk buat preparation untuk raya, tak kira lah barang hiasan, pakaian, tupperware raya pun ada. malam ni memang tak ada cerita ppasal tuperware , just nak kongsi satu cerita pasal kain pasang sulam.Terasa pulak raya ni nak beli kain pasang bersulam, tak kiralah sulam bandung ke, sulam Bukit Tinggi ke vietnam ke.Ini ceritanya klik by klik je, online...akak memang lebih suka cari blog sebabb apa, bila cari di fb akak rasa memang leceh..nak kena approach dulu, lepas tu bila send mesej amik masa lama nak dapat feedback. ada sestengah tu tiada contact no siap2 , semua kena pm...entahlah pada akak leceh..Ini pendapat akak sahaja. Mungkin sesiapa yang sudah biasa yang beli di fb lebih mudah agaknya. Atau nasib akak kurang baik agaknya.

Ada satu blog ni, http://adiellalovelyhouse.blogspot.com/ dapat je contact no, terus whatapps..reply pun cepat. Akak ni aktif visit blogger lain masa hari cuti iaitu Sabtu dan Ahad, kesian jugak Adiella ni, nak kena contact pulak supplier dia..tapi dia tetap melayan whatapps akak dengan baik dan mesra...very sporting.

Jom kita tengok antara baju-baju pasang yang ada. Harga pun serendah RM70 sehingga RM90..memang berbaloi..Sabtu & Ahad ni cuti  balik kampung di Segamat Johor, InsyaAllah akak update semula stok Tupperware lepas cuti ye...









04 Mei 2014

UPDATE AVAILABLE STOCK.

Assalam dan salam sejahtera.

Hari ini akak nak update stok yang masih ada..stok ni dari simpanan kak noi, dia yang banyak membantu akak untuk jualkan Tupperware di kawasan rumah dia, rakan-rakan dan saudara - mara terdekat dia. Rumahnya area Batu 9 Cheras. Nak cerita sikit, kak noi ni  memang rajin promote,,hee...memang tak rugi la bila dia yang volunteer nak jualkan, Sangat puas hati...

Kami biasanya akan sentiasa bertukar2 stok, biasanya dalam 1 atau 2 bulan kami akan bertukar2 stok.


SOLD OUT



SOLD OUT

gambar bawah pulak antara stok akak yang masih available lagi.


SOLD OUT






01 Mei 2014

E-LEAFLET BERMULA 1-10 MEI 2014

Assalam dan salam sejahtera.

Nampaknya eleaflet muncul di hari pekerja. Tawaran bermula 1 hingga 10 Mei 2014. Biasanya e-leaflet barangannya akan sentiasa cepat habis, jadi semua ahli kalau berminat terus serbu BC terdekat.

Antara ready stok yang ada, disertakan digambar bawah..jom cuci-cuci mata sempena hari Pekerja :)





Stackable ni adalah barangan level, gambar contoh seperti di bawah.(sebelah kiri)





OT DAISY SOLD OUT



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...