Home Tentang Saya Keahlian Tupperware Terma Dan Syarat Pemabayaran Sudut IT Lokasi Contact
Feed
Assalamualaikum & salam sejahtera
Terima kasih di atas kunjungan anda
Silalah membeli belah di sini
Setiap pertanyaan silalah emelkan atau sms saya
Harap saya dapat membantu
Sokongan anda amat2 saya hargai
Terima kasih

02 Mac 2014

Mutiara/Kristal Sabah .

Assalam & salam sejahtera.

Akak hanya membantu adik ipar untuk perabiskan stok gelang & rantai dari Sabah je. Modal semua dia yang keluar & boleh tahan jugak besarnya. Kalau orang Sabah mesti tahu kosnya memang agak tingi. Adik ippar yang jual ni pun , jual dengn harga rendah maka untungnya pun sikit je.





Lazimnya mutiara asli terdiri daripada mutiara air tawar (Freshwater pearl) dan mutiara air masin (Saltwater Pearl). Walaupun tidak terdapat perbezaan yang ketara di antara keduanya, namun pasaran memperlihatkan mutiara air masin mempunyai kredibiliti nilainya tersendiri.

Nilai atau harga bagi sebiji mutiara biji air masin boleh mencecah hampir atau melebihi ratusan ringgit. Begitu juga rantai mutiara pada 18 inci pun boleh mencecah ribuan ringgit. Ia jauh berbeza dengan mutiara air tawar walaupun tiada perbezaan yang ketara di antara keduanya.

Faktor ini sebenarnya dipengaruhi oleh permintaan dan penawaran. Mutiara air masin payah diperolehi sedangkan sedangkan mutiara air tawar teramat banyak dihasilkan menyebabkan ia banyak terdapat di pasaran. Ini yang menyebabkan mutiara air masin ini tinggi nilainya berbanding air tawar.

Namun begitu, terdapat juga mutiara buatan. Dan salah satu mutiara buatan yang mempunyai permintaan tinggi adalah Mutiara Swarovski. Mutiara Swarovski dikeluarkan Syarikat Swarovski di mana ianya dihasilkan melalui penyalutan mutiara sintetik terhadap Kristal Swarovski. Pelbagai warna yang dihasilkan oleh mutiara ini adalah dipengaruhi oleh warna kristal yang terdapat di dalamnya.

Bagaimana kualiti mutiara ditentukan?

Ia adalah satu persoalan yang subjektif untuk ditentukan jawapannya. Secara umumnyai, ia tidak ditentukan secara jelas tentang standard pengukuran kualiti mutiara ini.

Secara umumnya ia ditentukan oleh saiz, bentuk dan kelicinan permukaan. Semakin besar saiz, bentuknya yang bulat sempurna dan permukaan yang licin berkilat maka semakin tinggilah kualiti sesuatu mutiara tersebut. Kebiasaannya ia lebih banyak digunapakai untuk mutiara air masin.

Bagaimanapun telah ada stantard yang digunapakai secara meluas yang telah digredkan oleh Gemological Institute of America (GIA). Pengkelasan kualiti mutiara adalah ditentukan mengikut kategori A, AA, AA+, dan AAA.

Secara umumnya pemukaan berkilat AAA, warna cerah (silver rose), bentuk yang bulat, dan saiz yang besar yang mempunyai kualiti dan harga yang tinggi.

Panduan Membeli Mutiara

1. Mutiara tidak boleh dinilai berdasarkan beratnya kerana berat mutiara boleh dicipta.
2. Pertimbangkan saiz, bentuk, warna, cahaya, ketebalan "nacre" dan kesempurnaan permukaannya.
3. Elakkan membeli mutiara yang sudah tiada "nacre".
4. Untuk mengenal pasti mutiara tulen atau tiruan, ambil dua mutiara dan geselkan kedua-duanya. Mutiara asli akan kedengaran berpasir kerana ia mempunyai lapisan kalsium. Mutiara tiruan apabila digeselkan akan berasa licin.
5. Mutiara berbentuk air mata (baraque) lebih murah daripada bentuk bulat.
6.Mutiara original tidak mempunyai rupa bentuk yang super perfect, di permukaannya biasanya terdapat kedut, atau sedikit kecacatan dan bentuk tidak bulat yang perfect.. ini adalah disebabkan mutiara tersebut terbentuk melalui proses semulajadi pada cengkerang tiram/ hidupan air.. mutiara palsu mempunyai rupa bentuk dan permukaan yang hampir super perfect.. sebab ia diperbuat daripada mesin/ ciptaan manusia sendiri..
7.Jika dibakar menggunakan lighter mutiara tulin tidak akan melecet atau tidak ada kesan daripada pembakaran tersebut.. manakala mutiara palsu akan melecet apabila dibakar..
8.Apabila mutiara tulin digeselkan dengan gigi, gigi akan terasa seperti berpasir dan ngilu.. tetapi mutiara palsu pula adalah sebaliknya..
9.Mutiara tulin adalah lebih berat berbanding dengan mutiara palsu yang sama saiz.. terasa mutiara tulin lebih compact berbanding yang palsu.. cuba lambungkan mutiara tersebut untuk membezakannya


Penjagaan Mutiara
Tanda-tanda kecil yang mencacatkan mutiara boleh dihilangkan dengan minyak zaitun. Perhatian!! Elakkan dari memakai mutiara semasa mandi, di dapur atau mencuci. Warna mutiara boleh berubah kerana mutiara terbentuk daripada kalsium karbonat

1. Lap dengan kain lembut sebelum menyimpannya dan jangan mencampur aduk dengan barang lain.
2. Elakkan mencuci mutiara dengan bahan pencuci atau pengilap. Ia boleh menghilangkan sinarnya.
3. Ketika masak dan mandi tanggalkan semua perhiasan mutiara.
4. Cuci secepat mungkin jika terkena semburan pewangi.
5. Gantikan talinya setiap dua tiga tahun untuk mengelak timbunan kotoran yang melekat pada tali yang akan merosakkan rupa mutiara.


0 komen dari bloggers.:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...